Tuesday, May 13, 2008


TERATAK KERIS TUJUH
Kami menyediakan barangan koleksi kepada pengumpul-pengumpul barangan unik dan sukar didapati di tempat lain.Antaranya Keris,Topeng,Tulang dan bermacam-macam lagi,barangan ini tiada unsur mistik hanya sekadar untuk simpanan kepada peminatnya yang tersendiri..Item-item ini datangnya dari pelbagai sumber dan ianya baru dan bukan antik dan di keluarkan secara komersial dengan itu kami dapat menjualnya dengan harga yang berpatutan.
Koleksi-koleksi ini dijamin hanya di teratak kami sahaja yang ada.Jadi andalah yang berhak memutuskan kualiti dan hasilan jualan kami.
Kesemua produk kami boleh dibeli di www.lelong.com.my sila klik
Dengan ini kami mempersilakan anda melawati Teratak Keris Tujuh dengan bangganya.


KERIS PEKAKA

Keris Tajong Lurus Perak – Sebuah keris yang indah yang sejarahnya berasal dari Patani,kawasan jajahan Thailand termasuk kawasan berdekatan Kelantan dan pantai timur Malaysia cukup terkenal dengan seni Keris ini yang juga di kenali sebagai Pekaka.

Keunikan Warangka atau Sarung Keris yang diperbuat dari tanduk kerbau sungguh exotik rekaan dan bahannya.Suatu peniruan alam yang mengambil subjek burung Raja Udang sebagai Ukiran atau Hulu keris.Penghasilan dari juga tanduk kerbau yang menjadikan ianya cukup indah dan tradisional.Mendak atau Pendokok di hasilkan dengan bahan Tembaga yang disarung terus antara Hulu Keris dan Dapor bagi mendapatkan genggaman antara dua bahagian ini.

Dapor atau Mata Keris ini ditempa bersama bahan besi campuran antaranya besi lintah dan besi semangka yang menghasilkan mata keris Hitam yang nampak begitu kukuh seninya.


Kemasan akhir warnanya adalah kombinasi dua kemasan warna yang mana hitam sekam dilayang campuran Serbuk Tembaga dan Mutiara untuk mendapatkan kesan bayangan cahaya yang melutsinar dan menghasilkan kesan pendua warna.Manakala kemasan Licaunya yang menyaluti warna Keris menggunakan Cairan Kilat Kaca diadun dengan kepanasan sehingga menghasilkan kilatan yang cukup menyerlah.





KOLEKSI TOPENG

Topeng koleksi dari kami khusus untuk peminat -peminat barang koleksi terhad.Antara yang ada dalam simpanan kami ialah topeng karakter filem Batman dan The Mask.Topeng ini datangnya dari luar negara dan barangan ini terhad.
Bahan yang dihasilkan berkualiti dan kukuh.Dapatkan topeng ini segera untuk menambahkan lagi koleksi anda.Mula membida koleksi topeng ini dengan harga cuma RM1.00 sahaja harga di pasaran mencecah hingga USD150.00.











SILA KLIK DISINI UNTUK MEMBIDA TOPENG INI DILELONG.COM

No comments: